Skip to content

Pemikiran politik dalam novel Ahmad Boestamam

by Zabidin Haji Ismail.

Cover of Pemikiran politik dalam novel Ahmad Boestamam

Korpus pemikiran politik iaitu nasionalisme, anti-kolonialisme dan sosialisme yang terkandung dalam sepuluh novel karya tokoh politik dan sasterawan, Dato' Ahmad Boestamam @Ruhi Hayat yang dicungkil menerusi kaedah content analysis yang berpadanan dengan tujuan penyelidikan. Kaedah ini jarang digunakan untuk kajian sastera kecuali penyelidikan dalam bidang komunikasi. Ruhi Hayat menggunakan teknik penulisan instrinsik manipulatif dalam menyebarkan korpus pemikiran politik yang boleh ditelusuri menerusi naratif, wacana, dialog dan sebagainya

Pemikiran politik dalam novel Ahmad Boestamam by Zabidin Haji Ismail. — book · Vinony